Sunday, March 15, 2009

Nampaknya ramai yang bertanya ke mana saya menghilang dan muncul semula di UIA.. Selepas menghabiskan FYP, saya telah mula menyewa di sebuah rumah kecil di Taman Melewar, Gombak. Rumah sewa tersebut dihuni oleh seorang pelajar Master, seorang cikgu DPLI, seorang akauntan Petronas KLCC, seorang wartawan, agen Takaful dan perancang kewangan. Kebanyakannya lepasan pelajar UIAM yang memang saya kenali. Maka bermulalah liku-liku hidup seorang graduan engineering yang masih mencari pekerjaan. Buat masa ini, saya bekerja partime di KUMON Setiawangsa sebagai assistant. 4 hari seminggu dari jam 3 petang hingga 10 malam. Mungkin ramai yang berkata, berapa sangat la dapat dari KUMON, baik mengajar tuisyen lagi baik.. Ya, memang mengajar tuisyen lebih memberi pulangan yang lumayan namun di KUMON yang mempunyai system tersendiri dari Jepun memang sangat mencabar kesabaran dan minda. Silibus yang digunapakai merupakan silibus dari Jepun, lebih advanced sedikit dari silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. Contohnya, untuk pelajar Tingkatan 3, mereka sudah belajar tentang Persamaan Garis Lurus y=mx + c yang saya belajar di Tingkatan 4 semasa di sekolah. Ada yang berumur 12 tahun di international school tetapi sudah menguasai silibus Tingkatan 4. Setiap hari mereka dibekalkan dengan latih tubi worksheet sebagai homework. Namun, rata-rata hanya pelajar-pelajar yang berada sahaja datang ke KUMON dengan RM 130 sebulan untuk satu subjek.

Setiap Sabtu pula, saya mengajar tuisyen English di PASTI EHSAN, Taman Pinggiran. Baru 2 minggu mengajar di sana. Anak-anak murid saya berumur 5 dan 6 tahun. Kebanyakannya dengan perangai tersendiri yang memang mengajar kesabaran dan perlu kreatif dalam mengajar anak-anak ini. Apabila memperkenalkan diri sebagai Teacher Fizah, mereka gelak. Kata mereka pelik nama tu. Entah apa yang pelik dengan nama itu pun saya tak tahu hingga sekarang. This is the project of building our little khalifah.

Kelmarin, Kak E memberitahu kekosongan guru di Sekolah Al-Amin. Namun, saya terpaksa menolak kerana mengajar dalam bidang pendidikan bukanlah minat saya. Saya masih ingin profession di bidang Engineering. Inilah yang saya belajar bagai nak rak (macam nak pecah kepala) di universiti selama 4 tahun. Mungkin selepas mengambil Master, setelah tiada lagi kekosongan jawatan engineer, mungkin saya akan mempertimbangkan menjadi pensyarah/ tutor/ science officer.

Perancangan kahwin? Tiada buat masa ini. (Tak payah tanya banyak2!!)

Sudah habis membaca trilogi Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid. Buku pertama: Bagaikan Puteri. Kedua: Cinta Sang Ratu dan ketiga: Hijab Sang Pencinta. Kisah cinta thriller yang melangkaui masa. Melibatkan Haryani dari zaman kini dan Laksamana Sunan @ Saifuddin dari abad ke-15. Biarpun seolah-olah sudah jatuh cinta terhadap keperibadian dan ketangkasan Sunan, namun jalan ceritanya seperti sudah dijangka. Ending yang kurang dipersetujui!! Ironik sungguh.

JIka awan dapat kugapai, maka saktilah hamba!!

Aku mencintaimu sebagai manusia.

Buku terjemahan Sun Tzu: The Art of War (Seni Perang) juga sudah khatam. Buku ini memang dicari-cari terjemahannya kerana tidak berkesempatan mencari di kedai buku.

Sedang membaca buku Sang Pemimpi karya Andrea Hirata sambungan daripada Laskar Pelangi. Buku yang bisa membuat ku tertawa dan menangis sendiri saat membacanya.

2 comments:

Unknown said...

nati mai la kt liqa yer..kitrg rindu kt akak ni..lama menghilang.. :)

Norhafizah Ismail said...

Sape yg rindu akak? Ala akak ade je, kdg2 dtg uia gak..Tapi siang la, mlm susah skit..