Sunday, March 29, 2009

Sekitar Penamaan Calon Bukit Gantang PRK059



TAIPING, 29 Mac : Ramai ahli penyokong Pakatan Rakyat (PR) turun padang ke Taman Tasik Taiping pagi untuk menyertai perarakan sempena Majlis Penamaan Calon Pilihanraya Bukit Gantang P059 pagi tadi.

Seawal jam 7 pagi, penyokong PR berpusu-pusu ke tempat berkenaan demi menyatakan sokongan padu kepada calon PR iaitu Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Menteri Besar Perak yang sah.

Kelihatan penyokong-penyokong PR dari seluruh negeri turun untuk menyatakan sokongan kepada calon PAS itu. Ini dapat dilihat melalui baju atau vest yang di pakai oleh mereka, tidak kira pemuda, muslimat atau remaja.

Majlis Penamaan Calon ini juga turun berlangsung secara serentak di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak.

Walaupun di Bukit Selambau calon Pakatan KeADILan Rakyat bertanding, tetapi kelihatan juga penyokong PKR yang turun padang untuk menberikan sokongan.

Sewaktu penyokong pakatan rakyat berkumpul di tengah padang seawal jam 7 pagi, tidak kelihatan pun penyokong Barisan Nasional di tempat kejadian.

Penyokong BN mula kelihatan berarak masuk ke padang pada jam 9 pagi dengan pakaian berwarna biru dan merah sebagai tema mereka. Perarakan mereka disambut dengan slogan "RASUAH" oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ketiga-tiga parti PR iaitu PAS, PKR dan DAP bergabung tenaga demi untuk membenamkan kerajaan BN yang nyata sama sekali sudah nyawa-nyawa ikan kerana sikap pimpinannya yang banyak terlibat dengan kes rasuah dan sebagainya.

No comments: