Alhamdulillah, walaupun saya tidak berkesempatan turun ke Kuala Terengganu kelmarin kerana masih dalam proses menyiapkan Final Year Projek (FYP), namun kali ini saya dapat turun melihat sendiri gerak kerja di Bukit Gantang.
Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada 3 DUN iaitu Changkat Jering, Trong, Kuala Sepetang yang agak luas dari segi geografinya. Penduduk di ketiga-tiga DUN ini kebanyakannya terdiri daripada petani, pemilik dusun buahan, dan peniaga.
Cuaca di Bukit Gantang agak lembab dengan hujan turun pada kedua-dua hari semasa berada di sana. Kadang kala lebat, kadang kala renyai. Keadaan hujan menyebabkan tapak ceramah dan perasmian menjadi agak berselut dengan lumpur. Jadi, jika datang ke sini lain masa, harus bawa payung dan kasut sneakers yang lasak. Namun cuaca yang hujan tidak menjadi penghalang kepada para petugas PAS yang semakin bersemangat menjalankan gerak kerja pilihanraya dengan bantuan beberapa jentera dari negeri lain terutama sekali Kelantan. Syabas diucapkan!
Countdown hari mengundi di Bukit Sepetang tinggal 29 hari lagi. Markas Besar PAS di Air Kuning, Taiping menjadi Bilik Gerakan Induk agak sibuk dengan kehadiran para petugas, unit amal, dan muslimat Taiping. Kami sempat membuat tinjauan ke 3 MTD Halwa dengan iringan Kak Mizan dan Kak Zaharah, Halwa Taiping.
Saya berkesempatan mendengar wawancara bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Asmuni Awi tentang pilihanraya kecil kali ini. Berdasarkan jawapan-jawapan diberikan, nampaknya perancangan gerak kerja sudah pun dirangka dengan pelbagai strategi dan jangkaan. Banyak faktor seperti sokongan terhadap Allahyarham YB Roslan Shahrom pada PRU 12 tahun lalu, sensitiviti isu kemelut dengan istana Perak dan rampasan kuasa oleh Najib di Perak insyaAllah akan memungkinkan kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang. Isu rampasan kuasa di Perak menyebabkan UMNO Perak tidak mahu Najib turun di Perak semasa pilihanraya Bukit Gantang atas sensitiviti kebencian rakyat Perak kepada Najib sekarang ini walaupun Najib ialah Pengarah Jentera Pilihanraya BN Perak. Perkara ini akan menyebabkan permulaan kerjayanya sebagai PM Malaysia dan Presiden UMNO akan sedikit terjejas.
Ada khabar mengatakan bahawa pokok “Demokrasi”, pohon bertuah yang menjadi tempat tergempar sidang DUN Perak berlangsung 3 Mac lalu akan ditebang oleh kerajaan BN Perak. Ish apa la nak jadi? Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Marahkan speaker, pokok nak ditebang!! Kini pokok ‘Demokrasi’ mempunyai anak-anak perintis generasi baru.
Terus terang saya katakan bahawa tuduhan pihak lawan termasuk akhbar perdana bahawa YB Nizar menjadi kuda tunggangan DAP adalah meleset. Setiap meeting dan sidang DUN dimulakan dengan ayat-ayat Quran dan tazkirah dari YB Nizar menyebabkan ADUN-ADUN DAP dan PKR berminat mendalami makna ayat-ayat Quran dan Islam. Melihatkan akhlak dan peribadi YB Nizar menghadapi kemelut di Perak menyebabkan mereka lebih yakin dengan pilihan MB Pas. Saya kagum mendengar Exco Perak, Nga Kor Ming mengucapkan lafaz salam walaupun dengan sedikit pelat Cina, dan memetik ayat Quran dalam kata-katanya di ceramah Pakatan Rakyat.
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment