Muktamar Muslimat PAS telah berlangsung pada 4 Jun 2009 di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Shah Alam. Di sinilah Muslimat PAS seluruh negeri berkumpul untuk menyampaikan pendapat dan buah fikiran kepada pimpinan Muslimat.
Inilah kali pertama aku menghadiri Muktamar Muslimat PAS. Sebagai petugas, memang agak memenatkan namun satu pengalaman yang amat berharga yang mungkin tidak dapat diperolehi di tempat lain. Melihat kematangan pemikiran muslimat masa kini yang banyak menyentuh isu-isu wanita seperti masalah sosial, murtad, dan isu-isu lokal dan global. Perlunya gerakan Muslimat PAS bergerak aktif menandatangani masalah-masalah yang menular dalam masyarakat, mengatasi kewujudan SIS (Sisters in Islam) sebagai gerakan wanita yang dipengaruhi Islam Liberal. Aku melihat bahawa gerakan muslimat sekarang bukan lagi terdiri daripada suri rumah, guru-guru, ibu-ibu malah golongan profesional seperti jurutera, doktor, dan ahli perniagaan berjaya. Pemikiran mereka juga seharusnya matang, aktif, serius, dan berpandangan jauh tanpa memikirkan kepentingan pihak tertentu sahaja.
Aku diberi tugas melaporkan press conference pimpinan dan membuat berita. Hari itu, ramai media cetak mahupun elektronik hadir untuk press conference Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS. Isu yang beliau sentuh semasa PC lebih kepada kegawatan ekonomi dan pelaksanaan akademi Naqibah yang diperkatakan dalam ucaptamanya.
Muktamar Tahunan PAS telah berlangsung pada 5-7 Jun 2009 di Stadium Melawati, Shah Alam. Ia telah dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang oleh Mursyidul Am PAS, Tuang Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perasmian kali ini diadakan dengan teknologi terkini dengan bantuan PA sistem dan alatan canggih.
Juruacara muktamar pada kali ini merupakan pasangan adik beradik, Mua'z dan kakaknya yang merupakan anak-anak Dr. Dzulkefly Ahmad. Mereka menyampaikan mesej dengan 3 bahasa, Inggeris, Melayu dan Arab dengan fasih.
Semasa muktamar penuh berlangsung, aku mengendalikan rakaman press conference daripada Dato' Mahfuz Omar, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan YB Husam Musa.
Namun, ada media mendakwa mereka dihalang daripada membuat liputan semasa press conference seperti media rasmi UMNO/BN malaysiainsider.
Perwakilan dilihat penuh bersemangat ingin menyuarakan pendapat mereka kepada pimpinan tertinggi dan mengusulkan cadangan. Masing-masing dilihat dengan cara yang tersendiri sama ada dengan tenang, bersuara lantang, bertakbir, berpantun dan berjenaka.
Wednesday, June 10, 2009
Friday, May 1, 2009
Me at GEMS - Graduate Employability Management Scheme
GEMS- Graduate Employability Management Scheme, a program for fresh grads under the Malaysian Gov stimulus package that was put under Khazanah Nasional.
Aku di sini, di Cheras atau lebih specific lagi Darul Puteri. Hampir 190 graduan dari pelbagai universiti dihimpunkan di sini sebagai GEMS DPC 01. All of them are unemployed. Beginilah situasi sebenar graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan lagi, meningkatkan potensi diri untuk bersama-sama menjadi cemerlang dalam alam pekerjaan.
Antara modul-modul yang telah dipelajari ialah Business English with Cambridge Module, Time Management, Problem Solving Skills, Professional Gromming and Social Etiquettes, Project Planning and Coordination, Interpersonal Skills, Presentation Skills, Customer Service, Business Appreciation.

Setiap malam Khamis, diadakan bacaan Yassin, bid'ah yan selalu diadakan oleh orang Melayu.. Setiap Jumaat, ada Value Talk daripada wakil-wakil GLC (Goverment Linked Company). Pengisian dari segi mental dan fizikal memang sangat mencukupi, namun sayang pengisian dari segi rohani yang sangat kurang. Situasi di sini agak menyedihkan dengan ada yang tidak solat 5 waktu, muamalat antara lelaki perempuan yang tidak dijaga, free hair ramai, penghisap rokok pun ramai. Agak menyesakkan jika berada di sini untuk masa yang lama. Nasib baik cuma 2 bulan setengah, aku harap dapat bertahan untuk tempoh itu.
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dapat menjalankan gerak kerja di hari-hari cuti dan hujung minggu dengan sokongan Kak Intan dan Kak Ani.
Sorry to say, ramai di sini yang buta politik sehingga mengatakan "No politics around here." Dalam hatiku, "Nak kerja dengan goverment tapi tak mahu tahu tentang politik? Ingat ni kampus lagi ke, masih terikat dengan AUKU?"
Peserta GEMS masih dibenarkan menghadiri interview di sektor awam mahupun swasta semasa dalam GEMS. Yang kelakar, ada yang menghadiri interview dengan kementerian dan ditanya:
Apa yang anda tahu tentang 1Malaysia? Tidak tahu....
PM Malaysia yang baru kenal? Kenal, Najib Tun Razak..
1Malaysia? Tak tahu..

Remembering what life is ++++
gems
Friday, April 10, 2009
Sekitar PRK 059
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sedang ditemuramah oleh Krew Team IT Pusat di hotelnya
YB Ir Nizar bersama isteri tercinta
Lagak seorang 'pejuang' muda
Dr Mariah bersama penduduk Bukit Gantang
Tuesday, April 7, 2009

Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.
Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.
Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.
Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.
Kemenangan Pas di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 2789 undi mengukuhkan lagi fakta bahawa rakyat menolak BN-UMNO.
Mesej yang jelas daripada rakyat ini sekaligus membenarkan kenyataan bahawa kerajaan yang ada di Perak sekarang diperoleh hasil rampasan kuasa yang kejam dan tidak bertamadun oleh UMNO.
Namun berita yang disiarkan di TV1 malam ini membuktikan tembok keegoaan mereka masih belum berjaya diruntuhkan ekoran kekalahan ini. TV1 dalam laporannya menyatakan bahawa kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang ini adalah hasil daripada undi simpati.
Biar apa pun dakwaan UMNO kemenangan ini adalah kemenangan rakyat. Kemenangan ini membuktikan bahawa suara rakyat tidak seharusnya diketepikan sama sekali.Takbir!!

Satu pengalaman yang amat berharga bekerja bersama-sama dalam gerak kerja PRK059 Bukit Gantang. Amat menghargai segala tunjuk ajar yang diberikan. Maaf atas segala salah silap, termarah, terumpat (haha!), ter..ter..
Monday, April 6, 2009
Mahathir di Bukit Gantang
SIMPANG, 6 April - BN kini sudah terdesak pada hari terakhir kempen dengan menjemput 'ahli baru' UMNO, Tun Dr Mahathir ke program kempen BN yang diadakan atas nama 'Program Merakyatkan Seni Budaya'anjuran Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia di Jalan Simpang, Taiping pagi tadi. Hadir sama ialah Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden UMNO),Rais Yatim, Tengku Adnan Tengku Mansor (Setiausaha Agung BN), Dato' Noh Omar, Yong Teck Lai (Pengerusi YTL Corporation),dan Leo Boon Siaw (Presiden Kuala Lumpur Chinese Assembly) dan calon BN, Ismail Safian.
BN berharap agar dengan kehadiran Tun Mahathir ke Bukit Gantang kali ini dapat menarik para pengundi Melayu dan menaikkan semangat BN Bukit Gantang dalam menghadapi PAS dalam pilihanraya kecil ini. Tinjauan krew Te@m IT ke program tersebut mendapati hampir 2 ribu penyokong BN hadir memberi sokongan terhadap tindakan Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO. Penyokong fanatik ini melaungkan "Hidup BN" dan "Hidup Tun" dalam menyambut ucapan beliau.
Dalam ucapan Muhyiddin menyebut Dr Mahathir merupakan negarawan unggul yang menyampaikan mesej tentang aspirasi negara, kepimpinan dan sokongan terhadap PM yang baru.
Dalam ucapan Dr Mahathir, beliau lebih banyak membidas bekas timbalannnya, Anwar Ibrahim berhubung usaha Anwar menjatuhkan beliau sebagai PM dahulu dan isu kerajaan baru 16 September lalu.
Beliau gembira kerana dapat pulang ke pangkuan UMNO setelah PM yang baru menerima keahlian beliau. Ini ialah kali kedua beliau diterima masuk kerana beliau pernah dipecat dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman pada awal 1970-an dan diterima semula oleh Tun Abdul Razak, ayah PM yang baru.
Dr Mahathir juga mendakwa Mohammad Nizar, sewaktu menjadi MB Perak, memberi tanah kepada komuniti Cina adalah untuk populariti dirinya dan bukan jujur untuk membantu masyarakat.Istilah 'sembah derhaka' juga didakwa pertama kali didengari sejak peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Bekas presiden Umno itu juga meminta rakyat menolak demonstrasi dengan alasan ia tidak berfaedah untuk memajukan negara.Beliau juga menyeru kepada ahli dan penyokong Umno yang telah meninggalkan parti itu agar kembali bersama parti itu.
Risalah BN tentang isu derhaka juga diedarkan kepada hadirin dengan gambar-gambar Nizar dan sidang DUN sebagai penderhaka sultan.
Sunday, March 29, 2009
Sekitar Penamaan Calon Bukit Gantang PRK059

TAIPING, 29 Mac : Ramai ahli penyokong Pakatan Rakyat (PR) turun padang ke Taman Tasik Taiping pagi untuk menyertai perarakan sempena Majlis Penamaan Calon Pilihanraya Bukit Gantang P059 pagi tadi.
Seawal jam 7 pagi, penyokong PR berpusu-pusu ke tempat berkenaan demi menyatakan sokongan padu kepada calon PR iaitu Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Menteri Besar Perak yang sah.
Kelihatan penyokong-penyokong PR dari seluruh negeri turun untuk menyatakan sokongan kepada calon PAS itu. Ini dapat dilihat melalui baju atau vest yang di pakai oleh mereka, tidak kira pemuda, muslimat atau remaja.
Majlis Penamaan Calon ini juga turun berlangsung secara serentak di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak.
Walaupun di Bukit Selambau calon Pakatan KeADILan Rakyat bertanding, tetapi kelihatan juga penyokong PKR yang turun padang untuk menberikan sokongan.
Sewaktu penyokong pakatan rakyat berkumpul di tengah padang seawal jam 7 pagi, tidak kelihatan pun penyokong Barisan Nasional di tempat kejadian.
Penyokong BN mula kelihatan berarak masuk ke padang pada jam 9 pagi dengan pakaian berwarna biru dan merah sebagai tema mereka. Perarakan mereka disambut dengan slogan "RASUAH" oleh penyokong Pakatan Rakyat.
Ketiga-tiga parti PR iaitu PAS, PKR dan DAP bergabung tenaga demi untuk membenamkan kerajaan BN yang nyata sama sekali sudah nyawa-nyawa ikan kerana sikap pimpinannya yang banyak terlibat dengan kes rasuah dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)