8 March 2009: Bukit Gantang, Perak
Tarikh ini adalah tarikh di mana ulang tahun pertama, setahun kerajaan Pakatan Rakyat PAS-PKR-DAP memegang tampuk pemerintahan di 5 buah negeri sejak PRU 12 yang lalu. Tarikh 12 Mac 2008 telah menyaksikan bahawa rakyat Malaysia telah mengalami tsunami politik yang mana kerajaan campuran terbentuk dengan kekalahan Barisan Nasional UMNO-MIC-MCA di 5 negeri – Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Selangor.
Saya berpeluang melihat sendiri situasi di Perak yang panas dengan isu MB Perak. Isu lompat parti, derhaka kepada sultan, 2 MB Perak, dan juga siding DUN bawah pohon apabila menemani Kak In ke Perak.
Isu derhaka – isu ini sebenarnya tidak relevan apabila pihak UMNO mengaitkanperbuatan MB Perak, YB Ir Nizar untuk tidak letak jawatannya sebagai MB sebagai derhaka kepada sultan apabila bersandarkan kepada istilah sembah derhaka. Istilah ini sebenarnya bahasa istana yang digunakan apabila tidak bersetuju dengan sultan dalam sesuatu perkara. Istilah ini bukan bermaksud derhaka dalam konteks menentang dan memberontak terhadap Raja. Ia adalah sembah sopan lagi beradab yang termaktub dalam adat istiadat dan budaya Melayu. Kita sebagai rakyat biasa tentulah tidak biasa dengan bahasa-bahasa yang digunakan di istana apabila mengadap sultan. Namun isu ini diperhebat dengan peranan media-media arus perdana yang menyiarkan berita-berita negatif terhadap Ir Nizar sehingga beliau dianggap sebagai penderhaka.
Mari kita imbas kembali sejarah, siapakah yang derhaka kepada Sultan?
1974-1977: Kemelut di Perak
Selepas pilihanraya umum Ogos 1974, Tun Abdul Razak, PM ketika itu mengemukakan nama Ghazali Jawi untuk diperkenankan menjadi MB Perak. Sultan Idris Shah II ketika itu enggan member perkenaan kerana Ghazali Jawi telah ditangkap atas tuduhan rasuah pada 1960 ketika menjadi MB Perak.
Perlantikan tertangguh sehingga September 1974. Orang perantara, Ishak Tadin memujuk Sultan bahawa PM memohon baginda melantik Ghazali Jawi sebagai MB tetapi lantikan itu untuk 2 tahun sahaja. Selepas itu, Sultan boleh melantik ADUN lain sebagai MB. Maka Ghazali Jawi mengangkat sumpah sebagai MB pada September 1974.
Dua hari selepas angkat sumpah, Mokhtar Petah telah memaklumkan kepada baginda bahawa tiada termaktub dalam Perlembagaan yang Sultan boleh melantik seorang MB untuk 2 tahun sahaja. Sultan berasa kesal dan terkilan kerana telah terpedaya dengan janji yang tidak mungkin boleh ditunaikan.
Setelah 2 tahun, MB tersebut tidak mahu berundur. Krisis antara MB dan Sultan Perak berlarutan sehingga 1977. Maka baginda mengambil langkah terus menyimpan janggut, jambang dan misai serta tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sultan tidak bekerjasama dengan MB dan Exco kerajaan selama 2 tahun.
Atas kehendak PM yang baru, Tun Hussein Onn, Ghazali Jawi melepaskan jawatannya pada 1977. Sultan Idris Shah melantik Dato Seri Haji Wan Mohammed Haji Wan Teh sebagai MB baru.
2008: Kemelut di Terengganu
23 Mac 2008: UMNO mengadakan demonstrasi di kediaman MB Terengganu sebagai membantah keputusan istana tidak memperkenankan perlantikan Idris Jusoh sebagai MB. Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) melantik Ahmad Said sebagai MB Terengganu. Antara slogan pada kain rentang itu ialah “Kami nak IDRIS, Natang!” yang disiarkan secara meluas oleh TV.
Tahun 2009
Jika UMNO tidak mengheret istana dalam kemelut politik di Perak dan DUN dibubarkan atau siding DUN dilaksanakan..
TIADA KECEWA – TIADA SANGGAH- TIADA BANTAH
UMNO TELAH MENCEMAR INSTITUSI DIRAJA
UMNO desak Istana supaya jangan bubar DUN
UMNO mahu jadi kerajaan tanpa pilihanraya
UMNO takut bawa usul undi tak percaya di sidang DUN
ISTANA jadi mangsa kerakusan UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment