Friday, July 25, 2008

IIUM new robes for convocation?

ARKIB : 24/07/2008 (Utusan.com.my)
Topi mortar ganti songkok semasa konvokesyen UIAM
24/07/2008 5:51pm


KUALA LUMPUR 24 Julai — Pemakaian songkok dan tudung khas oleh pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semasa majlis konvokesyen akan dihentikan dan diganti dengan topi mortar bermula 23 Ogos ini.

Timbalan Rektor di Bahagian Akademik dan Kajian, Prof. Datuk Dr. Tahir Azhar berkata, perubahan ini dibuat bagi menyeragamkan etika pemakaian konvokesyen pelajar di seluruh negara.

“Tambahan pula dengan perubahan ini kami tidak perlu lagi menjawab soalan-soalan berunsur skeptikal (was was) daripada sesetengah pihak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata dijangka seramai 4,112 pelajar akan mengenakan jubah dan topi mortar baru pada konvokesyen yang akan diadakan dari 23 hingga 25 Ogos ini.

Katanya warna jubah juga ditukar dari warna hijau firus (turquoise) kepada biru firus, dan mengubah corak songket yang sedia ada di bahagian lengan jubah dengan songket pucuk rebung yang lebih terserlah.

“Perbelanjaan untuk menyediakan jubah baru ini memakan belanja RM2.1 juta, tapi ia boleh dipakai untuk 20 hingga 30 tahun lamanya,” katanya. — BERNAMA




Old robes --> new robes = RM2.1 million?
Students activities = budget implication due to some unavoidable reasons
SLEU activities = budget were cut
SHAS Mosque = also the same, budget implications
Kulliyyah Based Society = have to learn to do activities at lowest cost possible..

But new blue robe + hood+ mortar board for graduation students?? Do you agreed with this?

No comments: