Wednesday, August 13, 2008

PTPTN service charge dropped to 1percent

Caj perkhidmatan PTPTN turun kepada 1 peratus
13/08/2008 4:29pm

PUTRAJAYA 13 Ogos - Kadar caj perkhidmatan pinjaman Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) diturunkan kepada satu peratus berbanding
tiga
peratus sebelum ini, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Keputusan
tersebut diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin di sini hari ini. - Utusan

Service charge: from 4% --> 3% ( 1 June 2008) --> 1% (13 August 08)

Service charge: riba' or not ? Halal or haram? That's the most important thing that many Islamic students nowadays are waiting for. I think that MOHE should consult with Majlis Fatwa Kebangsaan about this matter as soon as possible because we are talking about thousands PTPTN students around Malaysia, whether they took it as riba or not.

I hope that MOHE did not took this matter lightly or taking the issue of 1percent service charge just to distract our attention to the matter of riba or not..Hopefully..


Pastikan tiada riba dalam caj PTPTN


KUALA LUMPUR 25 April - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengenakan caj perkhidmatan tiga peratus terhadap para pelajarnya perlu memastikan ia bebas daripada segala
unsur riba. Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, caj itu perlu bersifat tetap dan bebas daripada segala unsur yang boleh menganiaya peminjam.
Sehubungan itu, katanya, pihak pengurusan PTPTN perlu mengemukakan segera pelaksanaannya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk ditentukan statusnya. Menurut beliau, langkah itu penting kerana majlis yang dianggotai para mufti seluruh negara boleh memperhalusi status sebenar caj tersebut sama ada ia mempunyai unsur riba atau
sebaliknya.''Ketika ini, masyarakat Islam dalam dilema sama ada caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN itu mempunyai unsur riba atau tidak. Ada pihak yang mendakwa caj ini adalah riba.
''Ada satu lagi pihak mengatakan caj tersebut tidak mempunyai riba dan
ia hanya merupakan kos perkhidmatan semata-mata. Isu ini wajib dijelaskan supaya masyarakat Islam tidak terus terkeliru,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,semalam, bahawa kementerian telah
meminta majlis fatwa menyemak caj perkhidmatan tiga peratus PTPTN.
Mohamed Khaled berkata, ia bertujuan mengelakkan wujud unsur riba ke atas pinjaman PTPTN yang dikenakan ke atas pelajar. Isu itu mula tercetus apabila beberapa peminjam PTPTN baru-baru ini menyuarakan rasa tidakpuas hati terhadap caj perkhidmatan tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula kepada perbadanan itu selepas mereka tamat pengajian di universiti. Mohd. Asri berkata, pihak majlis akan meneliti caj itu bersandarkan sumber-sumber syariah sebaik sahaja perkara itu dikemukakan oleh PTPTN.
Tambah beliau, semua ahli majlis akan meneliti cara kutipan pinjaman
yang dijalankan sertakaitannya dengan caj tambahan tiga peratus.
''PTPTN perlu mengemukakan formula kutipan pinjaman dan apakah yang sebenarnyadimaksudkan caj perkhidmatan tiga peratus. Adakah ia bersifat tetap atau tidak.
''Pihak majlis sudah tentu akan memperhalusi dari semua
sudut sebelum keputusan sama adacaj ini mempunyai unsur riba atau sebaliknya,'' katanya.Beliau berkata, apa yang penting sekarang, PTPTN perlu bertindak proaktif denganmenyegerakan usaha mengemukakan isu berkenaan kepada pihak majlis.

No comments: