KEKEJAMAN rejim Zionis terhadap penduduk Palestin terserlah apabila Tebing Gaza diserang bertalu-talu dengan berbagai-bagai rangkaian jenis bom dari pesawat pejuang mereka ke atas sekolah, masjid, universiti, hospital dan apa juga bangunan kediaman yang mereka mahukan sedangkan pihak pejuang Hamas hanya menggunakan roket buatan sendiri yang sudah ketinggalan zaman.
Angka kematian penduduk Palestin di Tebing Gaza sudah mencecah ratusan setakat ini dan tercedera akibat peluru dan bom berterbangan bertalu-talu ke arah bukan sahaja pejuang Hamas tetapi juga kepada kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Pembunuhan beramai-ramai secara rawak ke atas penduduk Palestin seperti telah dirancang dan berkemungkinan pihak Amerika dan sekutunya telah memberikan lampu hijau dan akan berhenti apabila Tebing Gaza hampir lumpuh. Ia akan mengambil masa untuk dipulihkan semula. Ia tidak akan berhenti begitu sahaja di mana setiap kali kependudukan Gaza pulih, Israel akan memusnahkannya semula.
Di manakah umat Islam yang mengaku benar-benar beriman sedangkan tidak mampu membela hak dan maruah Islam itu sendiri? Malulah apabila berhadapan dengan Allah dan mahukan syurga tetapi tidak mampu membela hak Allah yang diamanahkan.
Oleh itu seluruh umat Islam di dunia ini perlu bersatu dan jangan berpecah belah kerana senjata mukmin yang sebenarnya selain memanjatkan doa ialah bersatu memerangi musuh Islam kerana itu janji Allah apabila mengikut syarat panduan Islam dan diserta dengan doa bantuan Allah akan terserlah. Yakinlah!
Bumi Palestin mesti diselamatkan walau apa pun onak dan duri serta nyawa sebagai taruhan sebelum Masjid Al-Aqsa dimusnahkankan dan rakyat Palestin dihapuskan daripada tanah airnya.
Sunday, January 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment