Wednesday, June 10, 2009

Selamat Bermuktamar

Muktamar Muslimat PAS telah berlangsung pada 4 Jun 2009 di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Shah Alam. Di sinilah Muslimat PAS seluruh negeri berkumpul untuk menyampaikan pendapat dan buah fikiran kepada pimpinan Muslimat.

Inilah kali pertama aku menghadiri Muktamar Muslimat PAS. Sebagai petugas, memang agak memenatkan namun satu pengalaman yang amat berharga yang mungkin tidak dapat diperolehi di tempat lain. Melihat kematangan pemikiran muslimat masa kini yang banyak menyentuh isu-isu wanita seperti masalah sosial, murtad, dan isu-isu lokal dan global. Perlunya gerakan Muslimat PAS bergerak aktif menandatangani masalah-masalah yang menular dalam masyarakat, mengatasi kewujudan SIS (Sisters in Islam) sebagai gerakan wanita yang dipengaruhi Islam Liberal. Aku melihat bahawa gerakan muslimat sekarang bukan lagi terdiri daripada suri rumah, guru-guru, ibu-ibu malah golongan profesional seperti jurutera, doktor, dan ahli perniagaan berjaya. Pemikiran mereka juga seharusnya matang, aktif, serius, dan berpandangan jauh tanpa memikirkan kepentingan pihak tertentu sahaja.

Aku diberi tugas melaporkan press conference pimpinan dan membuat berita. Hari itu, ramai media cetak mahupun elektronik hadir untuk press conference Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS. Isu yang beliau sentuh semasa PC lebih kepada kegawatan ekonomi dan pelaksanaan akademi Naqibah yang diperkatakan dalam ucaptamanya.

Muktamar Tahunan PAS telah berlangsung pada 5-7 Jun 2009 di Stadium Melawati, Shah Alam. Ia telah dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang oleh Mursyidul Am PAS, Tuang Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perasmian kali ini diadakan dengan teknologi terkini dengan bantuan PA sistem dan alatan canggih.

Juruacara muktamar pada kali ini merupakan pasangan adik beradik, Mua'z dan kakaknya yang merupakan anak-anak Dr. Dzulkefly Ahmad. Mereka menyampaikan mesej dengan 3 bahasa, Inggeris, Melayu dan Arab dengan fasih.

Semasa muktamar penuh berlangsung, aku mengendalikan rakaman press conference daripada Dato' Mahfuz Omar, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan YB Husam Musa.

Namun, ada media mendakwa mereka dihalang daripada membuat liputan semasa press conference seperti media rasmi UMNO/BN malaysiainsider.

Perwakilan dilihat penuh bersemangat ingin menyuarakan pendapat mereka kepada pimpinan tertinggi dan mengusulkan cadangan. Masing-masing dilihat dengan cara yang tersendiri sama ada dengan tenang, bersuara lantang, bertakbir, berpantun dan berjenaka.

No comments: