Sunday, August 2, 2009

Mansuh 1 Ogos



Perhimpunan raksaksa Sabtu, 1 Ogos bagi menentang kezaliman dan memansuhkan akta zalim, Internal Security Act (ISA) dicemari dengan water cannon dan tear gas dipacu kepada rakyat Malaysia oleh Polis Raja di Malaysia dan tentera merah, FRU.
Pagi itu, aku berada di Gombak menyiapkan persiapan perang untuk perhimpunan MANSUH atas saranan Gerakan Mansuh ISA (GMI). Antara yang berada di dalam beg galasku ialah:

1. Garam (untuk meneutralkan air dalam badan jika terkena gas).
2. Botol air – diganti dengan setin air 100plus.
3. Topeng muka (untuk menghidari virus H1N1 yang semakin menular).
4. Tidak ketinggalan, head band merah “Mansuhkan ISA”.
5. Dan juga, doa dan hati yang kental berjuang demi keluarga tahanan ISA yang masih ditahan di KEMTA. Semoga semuanya selamat dalam rahmat Allah dan berjaya menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kami bertolak seawal jam 10 pagi dan sampai di SOGO pada jam 10.40 pagi. Tiada sekatan atau kesesakan jalan raya berlaku dalam perjalanan. Mungkin warga kota mengambil inisiatif untuk duduk di rumah sahaja pada pagi Sabtu, 1 Ogos ini.
Berlegar-legar di SOGO, melihat jualan murah tetapi tidak terliur pun kerana hati sudah ditetapkan datang untuk Perhimpunan MANSUH. Tersempak dengan Syakir UKM yang memakai tshirt MU merah dan beberapa sahabat muslimat dari Kuantan semasa mengeluarkan duit di ATM (untuk bekalan makanan dan pulang).

Aku memantau dari tempat menunggu bas di tepi SOGO. Polis berpakaian seragam sudah ramai berdiri di tepi jalan. Special Branch (SB) juga ramai, tidak susah untuk mengesan mereka kerana walaupun mereka berpakaian biasa, ada yang kelihatan muda, memakai topi atau mendengar mp3, kasut yang mereka pakai ialah kasut hitam berkilat (Nampak macam mahal!) Unit anjing polis juga sudah tiba bersama anjing mereka bersiar-siar mengambil angin menakutkan orang awam yang lalu lalang.

Jam menunjukkan 12.30 hari, kami makan di Secret Recipe untuk mengalas perut sambil memerhatikan gelagat polis. Sambil menyuap Choc Indulgence ke mulut, terdengar kekecohan berlaku. Polis sudah mula menangkap orang awam yang disyaki terlibat. Kak In menjalankan tugasnya dan pulang ke meja kami, “Kak Thirah dengan Kak Lela dah kene tangkap. Anak-anak Kak Lela pun kene angkut masuk lori polis!” sambil merujuk kepada Kak Aiman Athirah dan Kak Noorlaila Othman, isteri tahanan ISA selama 8 tahun, Mat Sah Satry. Beberapa lelaki berpakaian hitam juga dilihat menaiki lori polis sambil melaungkan “Reformasi! Reformasi!”

Seorang pelancong dari Yemen, UAE bertanyaku tentang apa yang berlaku dalam bahasa Inggeris.

“Back in Saudi, we don’t have this kind of security act because we love our king and our country. Our king also loves his people. They should get the justice with the court to prove that they were wrong!”

“You are very fortunate sir, to be here today to see what the democracy of MALAYSIA is? Arresting people without trial is very unjust. Justice in Islam is not like this. But I think sir, you better move on because things will be a bit chaotic a awhile later.”

“Nice meeting you and good luck, Assalamualaikum!”

“Thank you, sir, Waalaikumsalam.” we ended our conversation here.

Zohor masuk dan kami bersolat di Pertama Complex. Solat Zohor dan solat hajat, moga segalanya selamat. Terserempak dengan beberapa pelajar dan menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan jangan memakai apa-apa bertulis “Mansuh ISA” sebelum bermula perhimpunan untuk mengelakkan mereka ditangkap polis sebelum berjuang.

Kami turun dari Pertama Complex dan melihat barisan Unit Amal berbaju merah menjadi barisan saf hadapan dalam perhimpunan melaungkan “Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!”dan “ Hancur, Hancur, Hancur ISA!!”. Kami mencelah masuk dalam barisan berjalan bersama beberapa muslimat. “Mansuh, Mansuh, Mansuh ISA!”

Polis menghalang kami meneruskan perjalanan di Jalan Raja Laut. Kami bergegas ke persimpangan Jalan Raja Bot. Beberapa pemimpin berucap di situ termasuk Mahfuz Omar, Tian Chua, dan YB Salahuddin Ayub sebelum mara ke stesen STAR Bandaraya. Maka bermulalah.

Aku memegang tangan seorang DEMA berketurunan India yang berpuas hati kerana ramai rakyat turun pada hari ini. Tiba-tiba, ternampak lori merah FRU memancutkan water cannon dan bertempiaran lari semua orang. Aku terasa tekanan di belakang dan terkena air kimia yang dihalakan dari belakang. Suasana kelam kabut dan huru-hara, masing-masing mencari perlindungan di bangunan dan tandas awam.

Garam yang kubawa tercicir dan botol air garam sudah dihulurkan pada keluarga India di tepiku, maka terpaksa meminta garam orang lain. Seorang lelaki Cina menghulurkan paket garam kepadaku dan terus makan. Tidak sempat dengan itu, terdengar bunyi canister tear gas ditembak dan asap masuk ke tempat berlindung itu. Masing-masing muntah, ada yang memanjat pagar dan terjun ke tebing sungai. Seorang pakcik terbaring di tebing sungai tidak bermaya.

Aku melihat Kak Farhana dan kami melalui celah pagar ke bangunan bersebelahan dengan bersusah payah. Suasana di luar masih belum reda. Namun, dengan kepayahan ini, aku melihat perpaduan dan kesatuan yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat Malaysia yang hadir dalam demonstrasi hari ini. Masing-masing berkongsi garam, air minuman dan berlari bersama-sama menyelamatkan diri dari kekejaman Federal Reserve Unit (FRU) yang tidak berbelas kasihan pun dengan wanita dan kanak-kanak.

Air minumanku habis dan yang tinggal hanyalah air paip dan air kolam di hadapan Pejabat MARA. Masing- masing membasahkan tuala good morning untuk ditekup ke muka menghilangkan rasa pedih dan bau tear gas. Namun, kaki masih tidak mahu berganjak pulang, kerana masih ada yang belum selesai. FRU masih lagi mencari mangsa, walaupun kumpulan demonstrasi sudah berpecah, tetapi FRU masih lagi melemparkan tear gas dan water cannon ke arah kumpulan orang ramai.

Di hadapan Pertama, Kak Farhana berbual dengan sahabat lamanya, aku pula terserempak dengan Duwe dengan kameranya. Belum pun sempat bersembang, FRU sudah melontarkan tear gas. Masing-masing bertempiaran lari masuk ke lorong kecil. Sempat pula berbual dengan Duwe yang seperti ingin mengambil footage yang lebih baik. Dengan spontan, aku menarik baju Duwe, memberi amaran dan serentak itu, orang ramai merempuh masuk ke lorong menyelamatkan diri.


To be continued with pics...

Lihat halaman Utusan Mingguan bertarikh 2 Ogos:



"Perhimpunan itu walau bagaimanapun hanya dihadiri oleh lebih 5000 penyokong berbanding 100,000 orang yang disasarkan.."

--> My comment : I think that they forgot to put one '0' (zero) at the 5000 people making it 50000 people overall..

More pics from http://photos.malaysiakini.com/isa_rally/index.php

No comments: