Tuesday, April 7, 2009



Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.

Kemenangan Pas di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 2789 undi mengukuhkan lagi fakta bahawa rakyat menolak BN-UMNO.

Mesej yang jelas daripada rakyat ini sekaligus membenarkan kenyataan bahawa kerajaan yang ada di Perak sekarang diperoleh hasil rampasan kuasa yang kejam dan tidak bertamadun oleh UMNO.

Namun berita yang disiarkan di TV1 malam ini membuktikan tembok keegoaan mereka masih belum berjaya diruntuhkan ekoran kekalahan ini. TV1 dalam laporannya menyatakan bahawa kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang ini adalah hasil daripada undi simpati.

Biar apa pun dakwaan UMNO kemenangan ini adalah kemenangan rakyat. Kemenangan ini membuktikan bahawa suara rakyat tidak seharusnya diketepikan sama sekali.Takbir!!



Satu pengalaman yang amat berharga bekerja bersama-sama dalam gerak kerja PRK059 Bukit Gantang. Amat menghargai segala tunjuk ajar yang diberikan. Maaf atas segala salah silap, termarah, terumpat (haha!), ter..ter..

No comments: