Friday, May 1, 2009

Me at GEMS - Graduate Employability Management Scheme

GEMS- Graduate Employability Management Scheme, a program for fresh grads under the Malaysian Gov stimulus package that was put under Khazanah Nasional.

Aku di sini, di Cheras atau lebih specific lagi Darul Puteri. Hampir 190 graduan dari pelbagai universiti dihimpunkan di sini sebagai GEMS DPC 01. All of them are unemployed. Beginilah situasi sebenar graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan lagi, meningkatkan potensi diri untuk bersama-sama menjadi cemerlang dalam alam pekerjaan.

Antara modul-modul yang telah dipelajari ialah Business English with Cambridge Module, Time Management, Problem Solving Skills, Professional Gromming and Social Etiquettes, Project Planning and Coordination, Interpersonal Skills, Presentation Skills, Customer Service, Business Appreciation.




Setiap malam Khamis, diadakan bacaan Yassin, bid'ah yan selalu diadakan oleh orang Melayu.. Setiap Jumaat, ada Value Talk daripada wakil-wakil GLC (Goverment Linked Company). Pengisian dari segi mental dan fizikal memang sangat mencukupi, namun sayang pengisian dari segi rohani yang sangat kurang. Situasi di sini agak menyedihkan dengan ada yang tidak solat 5 waktu, muamalat antara lelaki perempuan yang tidak dijaga, free hair ramai, penghisap rokok pun ramai. Agak menyesakkan jika berada di sini untuk masa yang lama. Nasib baik cuma 2 bulan setengah, aku harap dapat bertahan untuk tempoh itu.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dapat menjalankan gerak kerja di hari-hari cuti dan hujung minggu dengan sokongan Kak Intan dan Kak Ani.

Sorry to say, ramai di sini yang buta politik sehingga mengatakan "No politics around here." Dalam hatiku, "Nak kerja dengan goverment tapi tak mahu tahu tentang politik? Ingat ni kampus lagi ke, masih terikat dengan AUKU?"

Peserta GEMS masih dibenarkan menghadiri interview di sektor awam mahupun swasta semasa dalam GEMS. Yang kelakar, ada yang menghadiri interview dengan kementerian dan ditanya:

Apa yang anda tahu tentang 1Malaysia? Tidak tahu....
PM Malaysia yang baru kenal? Kenal, Najib Tun Razak..
1Malaysia? Tak tahu..

2 comments:

Anonymous said...

1. Yasin bi'dah yang selalu diadakan oleh orang Melayu?

2.Isu buta politik: Mereka sengaja membutakan diri dengan politik negara yang kian menyesakkan dada. Eh, mestila nak kerja kerajaan tak boleh terlibat dengan politik..apa daaa...kakitangan kerajaan kan dilarang berpolitik, haa, dorang ni calon paling sesuaila..haha



3.Soalan Interbiu:
1Malaysia>>Satu Malaysia tahu yang BN takut kalah dengan PRK Penanti sebab tu tak bertanding.Satu Malaysia juga tahu yang Najib ni isteri Rosmah...kah3. Itulah takrifan Satu Malaysia...

PM Malaysia: Najib Tun Razak

Anonymous said...

memang la depa buta politik... kiranya AUKU berjaya la... melahirkan mahasiswa yang senang dikongkong hingga ke usia tua...