Inilah kisah aku di Pulau Mutiara, Penang (eh ada lagi ke mutiara kat situ?)
11 Disember 2008
Aku bertolak ke Penang dari Puduraya dengan Plusliner, tiket berharga RM33.60 bertolak jam 4.30 petang. Seorang diri dalam perjalanan selama hampir 5 jam dalam Plusliner, hanya ditemani dengan lagu-lagu mp3 dari handphone ku, macam backpackers plak aku!! Ini lah kali kedua aku memulakan perjalanan jauh seorang diri. Kali pertama, waktu aku dapat berita abang iparku, Abang Hafiz sedang nazak di Jertih, Terengganu. Pada masa itu, aku terus mengambil bas ke Terengganu di Greenwood, aku pun sebenarnya tak tahu apa yang bermain di fikiran tapi itu memang satu tindakan di luar jangkaan. Alhamdulillah, aku selamat sampai Terengganu pada waktu itu hampir jam 5 pagi. Berbalik pada cerita Penang, Alhamdulillah aku selamat sampai di Hentian Bas Kulim jam 10 mlm. Farah sudah pun berada di situ menunggu bersama adik-adiknya. Tiba di rumah Farah, berkenalan dengan parents nya, dihidangkan dengan macaroni. Akram dan yang lain naik keretapi KTMB dari KL pada Khamis malam lagi, menginap beramai-ramai di rumah Wana. Parents Wana pergi haji so rumah dia takde orang.
Bedtime – ini yang paling syok sebab diberi kebenaran untuk tidur di bilik abang Farah (ehem! Ehem!! Abang dia dah kawin, okey! Dan mereka tinggal di KL sekarang!). Macam master bedroom , tapi besarnya macam living hall rumah aku. Farah tidur sebelah aku dan biasalah ada pillow-talk before sleep.
12 Disember 2008
Akad nikah Salwa dan Asyraf berlangsung hari ini pada jam 11 pagi di Hotel UITM Permatang Pauh tapi seat terhad. Aku dapat invitation tapi memandangkan aku akan membawa Farah dan Wani, maka terpaksa membatalkan jemputan tersebut. Rasa sedih pulak tak dapat tengok sahabatku, Salwa Zhari diijab kabulkan menjadi isteri kepada Asyraf..Tapi nak buat macam manakan? Sumimesen!! Tapi misi ke Sungai Petani masih berjalan. Farah dan aku dari Machang Bubok akan mengambil Wani di Tesco SP dan bertemu Ucop dan Sofi dari Langkawi serta Nony dan Husna dari Pokok Sena. 3 kereta (Vios, Saga baru dan Kenari) tapi hanya 6 penumpang.. Dalam perjalanan ke SP, terdapat sawah padi bendang di sepanjang lebuh raya!! Masih hijau tapi masih lagi menarik perhatianku, best nya pemandangan!! Maklumlah di Johor, jarang nampak sawah padi lebih-lebih lagi di Muar. Mesej dari Akram mengatakan sahabat kami, Salwa sudah pun bergelar isteri dengan sekali lafaz. Alhamdulillah, semoga kekal hingga akhir hayat.
Sampai di tol SP, kami tersilap jalan tapi Alhamdulillah dapat pulang ke pangkal jalan. Miscommunication sikit je la, silap bagi arahan. Anyway, masa di Petronas sebelah Taman Ria, kami berhenti solat zuhur. Apa yang lawak ialah toilet di situ ada 2, satu berpapan tanda lelaki, satu lagi tak ada (mestilah satu lagi perempuan, ye tak?) , maka nak dijadikan cerita, aku,Wani, Nony pun masuk lah ke toilet yang ‘perempuan ‘ tu. Ada 3 cube dalam tu, yang tengah tu dah occupied sebelum kami masuk. Aku keluar dulu dari Nony, menuju ke bilik solat. Tetiba:
Nony: Akak, tadi tu toilet perempuan kan?
Aku: Ha ah la, kenapa plak?
Nony: Akak, ada laki la dalam tu. Dalam cube yang tengah tu.
Aku ternganga. Kita yang salah masuk ke dia yang salah masuk?
TaufiQ datang ke Petronas dari rumahnya. Tiba di rumahnya, parents TaufiQ menyambut kami. Sambil makan mee kari, cerita sesat sampai ke Pedu Lake pun terkantoi. Farah, Sofi dan Ucop patutnya ke rumah Nony di Pokok Sena kelmarin tapi ada orang tu bawak kereta sampai sesat nun hujung sana ke Pedu Lake. Siap bergambar berlatar belakangkan Pedu Lake. Taknak jugak mengaku sesat jalan. Itulah, malu bertanya sesat jalan. Lain kali tanyalah orang ramai kalau dah rasa-rasa silap jalan tu.. Tak bolehlah ego sampai taknak ngaku silap jalan. Tu ego tak bertempat namanya.. Yang datang ni semua, sumbak-sumbak belaka maka meja makan tu kecoh bagai nak rak. Juma, adik bongsu TaufiQ asyik tersengih aje tengok kiteorang, ye lah kan semua sumbak-sumbak belaka.
Ucop bagi souvenir dari Langkawi, coklat. “Akak, best tau kak pergi Taman Buaya Langkawi. Ada buaya bla bla..” ..”Akak, nak tengok gambo kiteorang tak kat Langkawi? Mesti akak jeles punya..” “Nanti short sem nanti nak pergi sana lagi..”
Before balik, kami round-round SP. Huhu SP nampaknya lebih maju dari Muar. SP ada Tesco, Giant, RFC (Radix Fried Chicken), Alamoda (rangkaian Jakel kat Jln TAR tu) dan yang penting ada Star Bucks. Bukan niat aku nak mengagungkan StarBucks (aku pun tak minum StarBucks!) tapi kat Muar tu, bayang Star Bucks pun takda. Secret Recipe ada la, kat Hotel Travers tepi Sungai Muar tu. Scene pun lawa, dapat wifi free lagi hhuhu..
Menuju ke rumah Wani di Penaga. Rumah dia dekat dengan laut, ada bau ikan masin, ikan hanyir bila hirup udara kat situ. Memang komuniti kampung, rumah dibina dekat antara satu sama lain, jalan pun jalan kecil je. Wani pun tunjuk gambar-gambar masa majlis minggu lepas. Pakai baju pink huhu, eh dia pun ikut sekali? Ooo tunjuk jalan rupanya.
Malam tu, family Farah bawak aku makan2 kat restoran dekat2 situ. Farah dan aku mengadakan meeting untuk review balik plan esok. Nampaknya ada agenda yang terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana perubahan cadangan. Agenda ke rumah Arep terpaksa dibatalkan..Gomene!! Arep, mee udang tu terpaksa tunggu la eh..Ayah Farah nak bawa jalan-jalan sekitar Penang, yeahhhh!!
Katil beraduku di rumah Farah
Ayah TaufiQ, Ucop, Sofi. TaufiQ malu2 nak masuk dalam gambar
3 sekawan : Husna, Nony, Farah
RFC - Radix Fried Chicken di SP
Pemandangan sawah bendang bermandikan cahaya matahari terbenam
Bersama Wani di rumahnya, Penaga, Penang
Saturday, December 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
akak,promote katil rumah sy nmpk.hehe..best x g penang?nnti blh mai lg..byk lg tmpt menarik yg kt x p..
Bole2, nnt bile2 bole mai penang lg..Campur kedah skali..
Post a Comment