Tuesday, December 2, 2008

Menghitung Hari-Hari Terakhir bergelar seorang "UNDERGRADS"

Final Year Project: FYP membuatkan semua orang tertekan, bengang, dan tak cukup tidur. Kalo x susah, tak namanya FYP, betul tak?

Presentation FYP: Macam biasa, examiner banyak menghentam dan tidak berpuas hati. Ada supervisor yang baik hati membela student nya di hadapan examiner. Bertuah sekali! Ada yang lebih suka mendiamkan diri membiarkan student menggelabah di hadapan.

Poster exhibition: Poster Day!! Yea!! Stage terakhir dalam FYP. Semua orang bergembira seolah-olah hari terakhir peperiksaan, eh, silap! Hari terakhir bergelar seorang pelajar undergrads. Examiner yang didatangkan khas dari beberapa company luar melihat hasil kerja FYP. Ada yang memuji, ada yang memandang enteng, dan ada yang memberi kata-kata semangat.

Dan terakhir sekali, hard cover submission dan MERDEKA!!

Untuk yang extend macam aku, terpaksalah bertahan emosi dan psikologi untuk menyiapkan FYP. Chaiyok!! Chaiyokk!! Mereka kata. Easy to say, but it’s hard to do it.

Apabila melihat orang lain sudah berkemas pulang ke rumah, apabila melihat orang lain sudah memegang buku hitam hard cover FYP, apabila melihat orang lain yang sudah boleh tersenyum gembira, apabila melihat orang lain mengucapkan Happy graduating!, apabila melihat orang lain yang sudah memikirkan tentang pekerjaan, dan apabila melihat mereka meninggalkan taman ini.

Aku masih di sini…Masih lagi menghitung hari..

Namun, terima kasih kepada yang mengambil berat. Aku masih dapat lagi bertahan di taman ini.

Terima kasih juga kepada teman-teman batch zero4two baik lelaki dan perempuan!! Terima kasih kepada teman-teman yang rehlah kelmarin di Ulu Yam. Salah satu dari kenangan terindah kita di sini. Makan,berBBQ, bermain air sambil menghayati keindahan alam, berteka teki dan bersuka ria.


This goes to all zero4two girls only:

Kepada yang sudah bergelar isteri, selamat menjalani tanggungjawab kepada keluarga bahagia. Kepada yang akan bergelar isteri, selamat menempuh gerbang perkahwinan yang mencabar. Dan kepada yang masih bergelar anak dara, segeralah mencari, dan hubungkan lah dengan tali pertunangan dan satukanlah dengan perkahwinan mengikut lunas-lunas Islam.

I love you all!! Aishiteru, minna!!

Untuk pengetahuan, zero4two girls video is in making. So kalau ada sesiapa yang ada photo-photo zaman muda-muda kat MCIIUM or dari first year kat Gombak, silalah hantar kepada saya. Hanya photo yang menutup aurat sahaja akan dipaparkan. Video ini insyAllah akan diupload di youtube untuk tatapan umum.

4 comments:

helmi said...

fizah..nnt da upload video gitau..hehe

Hasbi said...

chayok2!! huish..bakal engineer aerospace ni..

Anonymous said...

huhu... boleh tahan ayat akak na... boleh try menulis cerpen atau novel lpas ni...

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya ni tgh tgu kputusan spm..
sya nak amek aerospace engineering..
tapi saya keliru nak pilih antara UIAM atau USM..
aerospace kat mane yang lg bgos??
kat UIAM nye aerospace engineering ok tak??
bandingkan dgn USM, mane lg bgos??
atau due-due pun same bgos??
tolong saya..