YB Husam Musa bersalaman dengan para penyokong BN
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sedang ditemuramah oleh Krew Team IT Pusat di hotelnya
YB Ir Nizar bersama isteri tercinta
Lagak seorang 'pejuang' muda
Dr Mariah bersama penduduk Bukit Gantang
Friday, April 10, 2009
Tuesday, April 7, 2009
Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.
Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.
Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.
Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.
Kemenangan Pas di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 2789 undi mengukuhkan lagi fakta bahawa rakyat menolak BN-UMNO.
Mesej yang jelas daripada rakyat ini sekaligus membenarkan kenyataan bahawa kerajaan yang ada di Perak sekarang diperoleh hasil rampasan kuasa yang kejam dan tidak bertamadun oleh UMNO.
Namun berita yang disiarkan di TV1 malam ini membuktikan tembok keegoaan mereka masih belum berjaya diruntuhkan ekoran kekalahan ini. TV1 dalam laporannya menyatakan bahawa kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang ini adalah hasil daripada undi simpati.
Biar apa pun dakwaan UMNO kemenangan ini adalah kemenangan rakyat. Kemenangan ini membuktikan bahawa suara rakyat tidak seharusnya diketepikan sama sekali.Takbir!!
Satu pengalaman yang amat berharga bekerja bersama-sama dalam gerak kerja PRK059 Bukit Gantang. Amat menghargai segala tunjuk ajar yang diberikan. Maaf atas segala salah silap, termarah, terumpat (haha!), ter..ter..
Monday, April 6, 2009
Mahathir di Bukit Gantang
SIMPANG, 6 April - BN kini sudah terdesak pada hari terakhir kempen dengan menjemput 'ahli baru' UMNO, Tun Dr Mahathir ke program kempen BN yang diadakan atas nama 'Program Merakyatkan Seni Budaya'anjuran Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia di Jalan Simpang, Taiping pagi tadi. Hadir sama ialah Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden UMNO),Rais Yatim, Tengku Adnan Tengku Mansor (Setiausaha Agung BN), Dato' Noh Omar, Yong Teck Lai (Pengerusi YTL Corporation),dan Leo Boon Siaw (Presiden Kuala Lumpur Chinese Assembly) dan calon BN, Ismail Safian.
BN berharap agar dengan kehadiran Tun Mahathir ke Bukit Gantang kali ini dapat menarik para pengundi Melayu dan menaikkan semangat BN Bukit Gantang dalam menghadapi PAS dalam pilihanraya kecil ini. Tinjauan krew Te@m IT ke program tersebut mendapati hampir 2 ribu penyokong BN hadir memberi sokongan terhadap tindakan Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO. Penyokong fanatik ini melaungkan "Hidup BN" dan "Hidup Tun" dalam menyambut ucapan beliau.
Dalam ucapan Muhyiddin menyebut Dr Mahathir merupakan negarawan unggul yang menyampaikan mesej tentang aspirasi negara, kepimpinan dan sokongan terhadap PM yang baru.
Dalam ucapan Dr Mahathir, beliau lebih banyak membidas bekas timbalannnya, Anwar Ibrahim berhubung usaha Anwar menjatuhkan beliau sebagai PM dahulu dan isu kerajaan baru 16 September lalu.
Beliau gembira kerana dapat pulang ke pangkuan UMNO setelah PM yang baru menerima keahlian beliau. Ini ialah kali kedua beliau diterima masuk kerana beliau pernah dipecat dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman pada awal 1970-an dan diterima semula oleh Tun Abdul Razak, ayah PM yang baru.
Dr Mahathir juga mendakwa Mohammad Nizar, sewaktu menjadi MB Perak, memberi tanah kepada komuniti Cina adalah untuk populariti dirinya dan bukan jujur untuk membantu masyarakat.Istilah 'sembah derhaka' juga didakwa pertama kali didengari sejak peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Bekas presiden Umno itu juga meminta rakyat menolak demonstrasi dengan alasan ia tidak berfaedah untuk memajukan negara.Beliau juga menyeru kepada ahli dan penyokong Umno yang telah meninggalkan parti itu agar kembali bersama parti itu.
Risalah BN tentang isu derhaka juga diedarkan kepada hadirin dengan gambar-gambar Nizar dan sidang DUN sebagai penderhaka sultan.
Subscribe to:
Posts (Atom)