Sunday, August 2, 2009

Mansuh 1 Ogos



Perhimpunan raksaksa Sabtu, 1 Ogos bagi menentang kezaliman dan memansuhkan akta zalim, Internal Security Act (ISA) dicemari dengan water cannon dan tear gas dipacu kepada rakyat Malaysia oleh Polis Raja di Malaysia dan tentera merah, FRU.
Pagi itu, aku berada di Gombak menyiapkan persiapan perang untuk perhimpunan MANSUH atas saranan Gerakan Mansuh ISA (GMI). Antara yang berada di dalam beg galasku ialah:

1. Garam (untuk meneutralkan air dalam badan jika terkena gas).
2. Botol air – diganti dengan setin air 100plus.
3. Topeng muka (untuk menghidari virus H1N1 yang semakin menular).
4. Tidak ketinggalan, head band merah “Mansuhkan ISA”.
5. Dan juga, doa dan hati yang kental berjuang demi keluarga tahanan ISA yang masih ditahan di KEMTA. Semoga semuanya selamat dalam rahmat Allah dan berjaya menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kami bertolak seawal jam 10 pagi dan sampai di SOGO pada jam 10.40 pagi. Tiada sekatan atau kesesakan jalan raya berlaku dalam perjalanan. Mungkin warga kota mengambil inisiatif untuk duduk di rumah sahaja pada pagi Sabtu, 1 Ogos ini.
Berlegar-legar di SOGO, melihat jualan murah tetapi tidak terliur pun kerana hati sudah ditetapkan datang untuk Perhimpunan MANSUH. Tersempak dengan Syakir UKM yang memakai tshirt MU merah dan beberapa sahabat muslimat dari Kuantan semasa mengeluarkan duit di ATM (untuk bekalan makanan dan pulang).

Aku memantau dari tempat menunggu bas di tepi SOGO. Polis berpakaian seragam sudah ramai berdiri di tepi jalan. Special Branch (SB) juga ramai, tidak susah untuk mengesan mereka kerana walaupun mereka berpakaian biasa, ada yang kelihatan muda, memakai topi atau mendengar mp3, kasut yang mereka pakai ialah kasut hitam berkilat (Nampak macam mahal!) Unit anjing polis juga sudah tiba bersama anjing mereka bersiar-siar mengambil angin menakutkan orang awam yang lalu lalang.

Jam menunjukkan 12.30 hari, kami makan di Secret Recipe untuk mengalas perut sambil memerhatikan gelagat polis. Sambil menyuap Choc Indulgence ke mulut, terdengar kekecohan berlaku. Polis sudah mula menangkap orang awam yang disyaki terlibat. Kak In menjalankan tugasnya dan pulang ke meja kami, “Kak Thirah dengan Kak Lela dah kene tangkap. Anak-anak Kak Lela pun kene angkut masuk lori polis!” sambil merujuk kepada Kak Aiman Athirah dan Kak Noorlaila Othman, isteri tahanan ISA selama 8 tahun, Mat Sah Satry. Beberapa lelaki berpakaian hitam juga dilihat menaiki lori polis sambil melaungkan “Reformasi! Reformasi!”

Seorang pelancong dari Yemen, UAE bertanyaku tentang apa yang berlaku dalam bahasa Inggeris.

“Back in Saudi, we don’t have this kind of security act because we love our king and our country. Our king also loves his people. They should get the justice with the court to prove that they were wrong!”

“You are very fortunate sir, to be here today to see what the democracy of MALAYSIA is? Arresting people without trial is very unjust. Justice in Islam is not like this. But I think sir, you better move on because things will be a bit chaotic a awhile later.”

“Nice meeting you and good luck, Assalamualaikum!”

“Thank you, sir, Waalaikumsalam.” we ended our conversation here.

Zohor masuk dan kami bersolat di Pertama Complex. Solat Zohor dan solat hajat, moga segalanya selamat. Terserempak dengan beberapa pelajar dan menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan jangan memakai apa-apa bertulis “Mansuh ISA” sebelum bermula perhimpunan untuk mengelakkan mereka ditangkap polis sebelum berjuang.

Kami turun dari Pertama Complex dan melihat barisan Unit Amal berbaju merah menjadi barisan saf hadapan dalam perhimpunan melaungkan “Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!”dan “ Hancur, Hancur, Hancur ISA!!”. Kami mencelah masuk dalam barisan berjalan bersama beberapa muslimat. “Mansuh, Mansuh, Mansuh ISA!”

Polis menghalang kami meneruskan perjalanan di Jalan Raja Laut. Kami bergegas ke persimpangan Jalan Raja Bot. Beberapa pemimpin berucap di situ termasuk Mahfuz Omar, Tian Chua, dan YB Salahuddin Ayub sebelum mara ke stesen STAR Bandaraya. Maka bermulalah.

Aku memegang tangan seorang DEMA berketurunan India yang berpuas hati kerana ramai rakyat turun pada hari ini. Tiba-tiba, ternampak lori merah FRU memancutkan water cannon dan bertempiaran lari semua orang. Aku terasa tekanan di belakang dan terkena air kimia yang dihalakan dari belakang. Suasana kelam kabut dan huru-hara, masing-masing mencari perlindungan di bangunan dan tandas awam.

Garam yang kubawa tercicir dan botol air garam sudah dihulurkan pada keluarga India di tepiku, maka terpaksa meminta garam orang lain. Seorang lelaki Cina menghulurkan paket garam kepadaku dan terus makan. Tidak sempat dengan itu, terdengar bunyi canister tear gas ditembak dan asap masuk ke tempat berlindung itu. Masing-masing muntah, ada yang memanjat pagar dan terjun ke tebing sungai. Seorang pakcik terbaring di tebing sungai tidak bermaya.

Aku melihat Kak Farhana dan kami melalui celah pagar ke bangunan bersebelahan dengan bersusah payah. Suasana di luar masih belum reda. Namun, dengan kepayahan ini, aku melihat perpaduan dan kesatuan yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat Malaysia yang hadir dalam demonstrasi hari ini. Masing-masing berkongsi garam, air minuman dan berlari bersama-sama menyelamatkan diri dari kekejaman Federal Reserve Unit (FRU) yang tidak berbelas kasihan pun dengan wanita dan kanak-kanak.

Air minumanku habis dan yang tinggal hanyalah air paip dan air kolam di hadapan Pejabat MARA. Masing- masing membasahkan tuala good morning untuk ditekup ke muka menghilangkan rasa pedih dan bau tear gas. Namun, kaki masih tidak mahu berganjak pulang, kerana masih ada yang belum selesai. FRU masih lagi mencari mangsa, walaupun kumpulan demonstrasi sudah berpecah, tetapi FRU masih lagi melemparkan tear gas dan water cannon ke arah kumpulan orang ramai.

Di hadapan Pertama, Kak Farhana berbual dengan sahabat lamanya, aku pula terserempak dengan Duwe dengan kameranya. Belum pun sempat bersembang, FRU sudah melontarkan tear gas. Masing-masing bertempiaran lari masuk ke lorong kecil. Sempat pula berbual dengan Duwe yang seperti ingin mengambil footage yang lebih baik. Dengan spontan, aku menarik baju Duwe, memberi amaran dan serentak itu, orang ramai merempuh masuk ke lorong menyelamatkan diri.


To be continued with pics...

Lihat halaman Utusan Mingguan bertarikh 2 Ogos:



"Perhimpunan itu walau bagaimanapun hanya dihadiri oleh lebih 5000 penyokong berbanding 100,000 orang yang disasarkan.."

--> My comment : I think that they forgot to put one '0' (zero) at the 5000 people making it 50000 people overall..

More pics from http://photos.malaysiakini.com/isa_rally/index.php

Wednesday, July 15, 2009

Aku di Subang

Sudah lama tidak menulis di blog ini.. Bukan masa tidak mengizinkan untuk kuberkongsi cerita, tetapi akses kepada internet yang menjadi masalah..

Khabar yang terbaru tentang si penulis blog ini, Alhamdulillah aku sudah berjaya mendapat pekerjaan sebagai management trainee yang bertugas di Subang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.. Enam bulan tempoh percubaan sebelum menjadi staff tetap. Masa bekerja 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Untuk tempoh setahun, aku akan diletakkan di seluruh jabatan di Ibu Pejabat dan KLIA untuk menyesuaikan dengan jabatan-jabatan. Kemudian, aku akan memilih satu jabatan dan akan bekerja dengan sepenuh hati di situ.. Tentulah aku akan memilih Engineering atau Operation Dept sesuai dengan ijazahku selama 4 tahun di universiti, Aerospace Engineering.

Terdapat 8 orang yang seangkatan denganku iaitu Asif, Irwan, Faizal, Feroz, Kak Suri, Nadia dan Linn. Hari-hari kami diwarnai dengan pelbagai cerita dan gelak ketawa walaupun ketika stress tiada kerja..

Tinggal di Daisy Apartment, Blok 7 tingkat 3. Rakan sebilik ialah Kak Ain yang bekerja sebagai Admin Assistant di sebuah kilang di Sg. Buloh. Apabila aku pulang dari kerja, Kak Ain masih belum pulang lagi.. Rakan serumah lain pun macam ada tiada di rumah sahaja.. Memang terasa sunyi sedikit.. Aktiviti malam hanya mencuci baju, bermain internet, menonton CD, dan tv sekali sekala. Terasa jauh dari Pejabat Agung untuk bermesyuarat seperti selalu.

Mengapa management trainee? Tiada kaitan langsung dengan Engineering? Walaupun pada awal ini, aku belum memasuki Engineering Division, aku amat bersyukur kerana masih lagi berada dalam bidang aviation. Cuma aku perlu belajar lebih banyak tentang Airport Management, Air Transport, DCA, IATA, ICAO dan sebagainya. Ganbate-ne! Fizah-san!!

Di sini aku selitkan asal-usul Subang buat tatapan umum:

PADA ZAMAN DULU KERAJAAN SELANGOR SGTLAH BESAR MELIPUTI KL & PUTRAJAYA.
NAMA SELANGOR PN SEBENARNYE TAK JELAS...
ADE YG MENGATAKAN NAME PENUHNYE IALAH SELANGAU ATAU PUN NAME YG DI AMBIL DARI SG KUALA SELANGOR.
DI KATAKAN PADA ZAMAN2 SULTAN MUHAMAD & SULTAN ABDUL SAMAD BAGINDA2 MENETAP DI AREA KL ..TP ADE SEBILANGAN DARINYE MENETAP DI ISTANA KLANG.
MEREKA SELALU BERULANG-ALIK MENGGUNAKAN KUDA & GAJAH DARI KLANG KE KL..
PADA 1 HARI PERMAISURI INGIN MELIHAT KL DARI DEKAT JADI MENGARAHKAN PANGLIMA MEMBAWANYA KE SANA..SEWAKTU PERJALANAN MEREKA BEREHAT SEBENTAR SETELAH PENAT BERJALAN..TIBE2 ANTING2(SUBANG) KEPUNYAAN PERMAISURI 2 ILANG...
DI SEBABKAN IA ADALAH BARANAGAN KESAYANGAN PERMAISURI...BELIAU MENGARAHKAN SEMUA PANGLIMA2 DAN PENGAWAL2 MENCARINYE. TP X JUMPA JUGAKZ.
PERMAISURI MEMBATALKAN NIAT UTK KE KL DAN MENUJU PULANG KE KLANG..SAMBIL MENGARAHKAN OPERASI MENCARI ANTING2(SUBANG) ITU DI TERUSKAN.
MASA MAKIN BERLALU TP ANTING2(SUBANG) TUE MASIH X JUMPE JUGAKZ.. SEMENJAK ITU SUBANG MENDAPAT NAMA SERTA MENJADI TEMPAT PERSINGGAHAN KERABAT2 BEREHAT SEBELUM MENERUSKAN PERJALANAN KE KL""

Tidak tahu sama ada benar atau tidak cerita ini.

Wednesday, June 10, 2009

Selamat Bermuktamar

Muktamar Muslimat PAS telah berlangsung pada 4 Jun 2009 di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Shah Alam. Di sinilah Muslimat PAS seluruh negeri berkumpul untuk menyampaikan pendapat dan buah fikiran kepada pimpinan Muslimat.

Inilah kali pertama aku menghadiri Muktamar Muslimat PAS. Sebagai petugas, memang agak memenatkan namun satu pengalaman yang amat berharga yang mungkin tidak dapat diperolehi di tempat lain. Melihat kematangan pemikiran muslimat masa kini yang banyak menyentuh isu-isu wanita seperti masalah sosial, murtad, dan isu-isu lokal dan global. Perlunya gerakan Muslimat PAS bergerak aktif menandatangani masalah-masalah yang menular dalam masyarakat, mengatasi kewujudan SIS (Sisters in Islam) sebagai gerakan wanita yang dipengaruhi Islam Liberal. Aku melihat bahawa gerakan muslimat sekarang bukan lagi terdiri daripada suri rumah, guru-guru, ibu-ibu malah golongan profesional seperti jurutera, doktor, dan ahli perniagaan berjaya. Pemikiran mereka juga seharusnya matang, aktif, serius, dan berpandangan jauh tanpa memikirkan kepentingan pihak tertentu sahaja.

Aku diberi tugas melaporkan press conference pimpinan dan membuat berita. Hari itu, ramai media cetak mahupun elektronik hadir untuk press conference Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS. Isu yang beliau sentuh semasa PC lebih kepada kegawatan ekonomi dan pelaksanaan akademi Naqibah yang diperkatakan dalam ucaptamanya.

Muktamar Tahunan PAS telah berlangsung pada 5-7 Jun 2009 di Stadium Melawati, Shah Alam. Ia telah dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang oleh Mursyidul Am PAS, Tuang Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perasmian kali ini diadakan dengan teknologi terkini dengan bantuan PA sistem dan alatan canggih.

Juruacara muktamar pada kali ini merupakan pasangan adik beradik, Mua'z dan kakaknya yang merupakan anak-anak Dr. Dzulkefly Ahmad. Mereka menyampaikan mesej dengan 3 bahasa, Inggeris, Melayu dan Arab dengan fasih.

Semasa muktamar penuh berlangsung, aku mengendalikan rakaman press conference daripada Dato' Mahfuz Omar, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan YB Husam Musa.

Namun, ada media mendakwa mereka dihalang daripada membuat liputan semasa press conference seperti media rasmi UMNO/BN malaysiainsider.

Perwakilan dilihat penuh bersemangat ingin menyuarakan pendapat mereka kepada pimpinan tertinggi dan mengusulkan cadangan. Masing-masing dilihat dengan cara yang tersendiri sama ada dengan tenang, bersuara lantang, bertakbir, berpantun dan berjenaka.

Friday, May 1, 2009

Me at GEMS - Graduate Employability Management Scheme

GEMS- Graduate Employability Management Scheme, a program for fresh grads under the Malaysian Gov stimulus package that was put under Khazanah Nasional.

Aku di sini, di Cheras atau lebih specific lagi Darul Puteri. Hampir 190 graduan dari pelbagai universiti dihimpunkan di sini sebagai GEMS DPC 01. All of them are unemployed. Beginilah situasi sebenar graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan lagi, meningkatkan potensi diri untuk bersama-sama menjadi cemerlang dalam alam pekerjaan.

Antara modul-modul yang telah dipelajari ialah Business English with Cambridge Module, Time Management, Problem Solving Skills, Professional Gromming and Social Etiquettes, Project Planning and Coordination, Interpersonal Skills, Presentation Skills, Customer Service, Business Appreciation.




Setiap malam Khamis, diadakan bacaan Yassin, bid'ah yan selalu diadakan oleh orang Melayu.. Setiap Jumaat, ada Value Talk daripada wakil-wakil GLC (Goverment Linked Company). Pengisian dari segi mental dan fizikal memang sangat mencukupi, namun sayang pengisian dari segi rohani yang sangat kurang. Situasi di sini agak menyedihkan dengan ada yang tidak solat 5 waktu, muamalat antara lelaki perempuan yang tidak dijaga, free hair ramai, penghisap rokok pun ramai. Agak menyesakkan jika berada di sini untuk masa yang lama. Nasib baik cuma 2 bulan setengah, aku harap dapat bertahan untuk tempoh itu.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dapat menjalankan gerak kerja di hari-hari cuti dan hujung minggu dengan sokongan Kak Intan dan Kak Ani.

Sorry to say, ramai di sini yang buta politik sehingga mengatakan "No politics around here." Dalam hatiku, "Nak kerja dengan goverment tapi tak mahu tahu tentang politik? Ingat ni kampus lagi ke, masih terikat dengan AUKU?"

Peserta GEMS masih dibenarkan menghadiri interview di sektor awam mahupun swasta semasa dalam GEMS. Yang kelakar, ada yang menghadiri interview dengan kementerian dan ditanya:

Apa yang anda tahu tentang 1Malaysia? Tidak tahu....
PM Malaysia yang baru kenal? Kenal, Najib Tun Razak..
1Malaysia? Tak tahu..

Friday, April 10, 2009

Sekitar PRK 059

YB Husam Musa bersalaman dengan para penyokong BN


Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sedang ditemuramah oleh Krew Team IT Pusat di hotelnya

YB Ir Nizar bersama isteri tercinta

Lagak seorang 'pejuang' muda

Dr Mariah bersama penduduk Bukit Gantang

Tuesday, April 7, 2009



Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.

Kemenangan Pas di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 2789 undi mengukuhkan lagi fakta bahawa rakyat menolak BN-UMNO.

Mesej yang jelas daripada rakyat ini sekaligus membenarkan kenyataan bahawa kerajaan yang ada di Perak sekarang diperoleh hasil rampasan kuasa yang kejam dan tidak bertamadun oleh UMNO.

Namun berita yang disiarkan di TV1 malam ini membuktikan tembok keegoaan mereka masih belum berjaya diruntuhkan ekoran kekalahan ini. TV1 dalam laporannya menyatakan bahawa kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang ini adalah hasil daripada undi simpati.

Biar apa pun dakwaan UMNO kemenangan ini adalah kemenangan rakyat. Kemenangan ini membuktikan bahawa suara rakyat tidak seharusnya diketepikan sama sekali.Takbir!!



Satu pengalaman yang amat berharga bekerja bersama-sama dalam gerak kerja PRK059 Bukit Gantang. Amat menghargai segala tunjuk ajar yang diberikan. Maaf atas segala salah silap, termarah, terumpat (haha!), ter..ter..

Monday, April 6, 2009

Jom Pakat Undi PAS!!